Laman utama  Kemudahan   Dadah    Dadah Syabu  Bahaya Merokok  Testimoni  Selepas pulih

RAWATAN


PENGGUNAAN AIR KELAPA MUDA DALAM PERAWATAN DADAH


 Air  kelapa muda mempunyai banyak khasiat yang diperlukan untuk penjagaan kesihatan kita malah Sesungguhnya amalan perubatan tradisional seperti menawarkan racun dengan air buah kelapa telah pun diamalkan oleh datuk moyang kita sejak dahulu.

Air kelapa muda mengandungi unsur makro seperti nitrogen dan karbon, malah lebih dari itu iaitu air kelapa muda juga terdiri dari unsur mikro yang diperlukan oleh tubuh badan.  Unsur nitrogen di dalamnya berbentuk protein yang tersusun dari asid amino, seperti alanin, sistin, arginin, alin, dan serin.  Asid amino yang terkandung di dalam air kelapa muda adalah lebih tinggi berbanding dengan kandungan di dalam susu sapi. Manakala  unsur karbon dapat dijumpai dalam bentuk karbohidrat sederhana seperti glukosa, sukrosa, fruktosa, sorbitol, inositol, dan lainnya. Begitu pula dengan unsur mikro dalam air kelapa berupa mineral yang diperlukan sebagai penganti ion tubuh. Oleh yang demikian, apabila kita meminum air kelapa, badan kita akan menjadi segar.Air kelapa juga mengandung berbagai-bagai  vitamin seperti  vitamin C yang dominan, asid nikotinat, asid folat, asid pantotenat, biotin, serta riboflavin. Sebab itulah air kelapa muda ini menjadi pilihan dalam perubatan secara tradisional.  Di samping itu, secara khusus, air kelapa kaya dengan  potasium (kalium). Selain mineral, air kelapa juga mengandung gula (julat diantara 1.7 – 2.6 %) dan protein (0.07- 0.55 %).

Pada pendapat beberapa kitab tafsir yang muktabar, bahawa yang dimaksud sepohon pokok yang bagus, akar umbinya teguh, cabangnya menjulang ke langit dan berbuah sepanjang tahun sepertimana yang diterangkan dalam ayat 24-25 Surah Ibrahim adalah Pokok Kelapa. Tidak ada bahagian dari pokok kelapa yang sia-sia. Semuanya dapat diambil manfaatnya, mulai batang kayu, daun, lidi, tempurung, air, apatah lagi buahnya samaada buah yang masih muda mahupun setelah tua. Lebih dari itu, banyak lagi rahsia-rahsia dari pohon ini yang terbukti dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit sepertl kencing manis dan darah tinggi.

KAEDAH RAWATAN

Di Dalam rawatan penagihan dadah air kelapa muda digunakan sebagai mekanisma untuk membuang racun-racun  yang terdapat dalam badan pesakit akibat dari penagihan dadah.  Kaedah rawatan bagi setiap pesakit adalah berbeza mengikut jenis dadah yang diambil, umur  dan beberapa faktor lain lagi.  Penggunaan air kelapa adalah  sebagai satu kaedah untuk mempercepatkan pemulihan dan mengurangkan kesakitan yang dialami oleh pesakit sepanjang tempoh pemulihan secara fizikal.  Selain dari itu penggunaan salah satu sumber dari pokok kelapa juga akan diaplikasikan kepada pesakit yang terlibat dengan DADAH SYABU.  Penerangan lanjut berkaitan dadah syabu sila KLIK SINI.

Rawatan pemulihan yang saya jalankan digabungkan di antara rawatan secara fizikal, mental dan rohaniah.  Saya percaya gabungan antara ke tiga-tiga aspek akan menjamin pemulihan secara 100%. 


Secara fizikal

Pesakit akan diberi minum air kelapa selama seminggu pada setiap pagi sebelum mereka mengambil sarapan pagi.  Mereka juga akan diberi mandian bunga-bungaan supaya badan akan lebih segar dan bertenaga.  Air kelapa dan juga air mandian akan didoakan dengan ayat suci al quran. ( air yang didoakan dengan ayat suci al quran akan memberi kesan - lihat seperti dalam gambarajah di bawah).  Mandi air sejuk adalah menjadi kemestian kepada semua pesakit.  Manakala bagi pesakit dadah syabu ,  di tambah lagi dengan beberapa mandian yang lain.


Sebagaimana al-Quran boleh memberi respon yang baik kepada molekul air begitu juga al-Quran boleh memberi ketenangan kepada manusia yang membaca dan mendengarnya sebagaimana hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang “pakar air” dari Jepun.

 
Bentuk molekul air oksigen dan berkhasiat (mineral tempatan) yang belum dibaca apa-apa

Bentuk molekul air dibaca surah kitab suci al-Quran



Secara mental dan rohaniah

Solat lima waktu diwajibkan selepas pesakit sembuh dari gian yang teruk.  Selain dari itu solat taubat dan solat di tujuh masjid akan dilakukan bersama saya pada minggu ke dua.  Selepas solat maghrib, akan ada zikir untuk kekuatan diri dan tazkirah sementara menunggu solat Isyak.  Selepas solat Isyak akan diikuti dengan zikirullah mudah dan tazkirah.  Oleh kerana pesakit hanya dalam jumlah seorang hingga tiga sahaja maka adalah lebih mudah untuk mengenali hati budi dan mengenal pasti masalah dan cara penyelesaian.  Kaunseling akan diberi berbeza-beza mengikut pesakit.  Kaunseling dibuat secara tak langsung terutama waktu pagi semasa sarapan, semasa berehat, semasa makan tengahari, selepas solat zuhur, sebelah petangnya juga atau semasa bersiar-siar. Pesakit digalakkan tidur rehat sebelum masuk waktu Zuhur.  Selepas Asar, pesakit tidak di benarkan tidur, hanya berehat di luar rumah atau melayari internet atau membaca bahan surat khabar.

Pesakit digalakkan untuk bersembang dan bercerita masalah yang boleh dikongsi bersama dan mencari kaedah penyelesaian yang sesuai.