Laman utama   Rawatan   Kemudahan    Dadah    Dadah Syabu  Bahaya Merokok    Selepas pulih

TESTIMONI

TESTIMONI TERBARU

Saya berumur 29 tahun, sudah pun bertunang.  Saya Bertuah kerana ibubapa saya masih membantu saya untuk pulih ketagih dadah.  Adik lelaki saya telah menemui website Ayah Sham semasa bulan Disember lagi.  Saya dah serik pergi tempat untuk pulih gian dadah sebab saya pernah pergi ke satu pusat pemulihan.  Tetapi hanya bertahan 2 minggu sahaja di sana. Saya lari sebab tak tahan cara layanan mereka.  TETAPI berbeza dengan rawatan yang Ayah Sham buat.  Saya dapat rasakan kelainan sepanjang saya berada di rumah ayah Sham kerana cara rawatannya membantu untuk saya pulih dengan lebih cepat.  Bila saya memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan dan berkongsi masalah, saya boleh berbincang secara terbuka dengan Ayah Sham dan dia memahami perasaan saya.   Hanya orang yang pernah alami ketagihan akan memahami keadaan dan masalah yang melanda diri saya.  Pada minggu ke dua, Ayah Sham asyik buat lawak yang menyebabkan saya gelihati dan sentiasa dalam keadaan gembira, kadang-kadang rasa pelik.. rupanya kegembiraan dalam diri saya adalah merupakan salah satu kaedah rawatan secara semula jadi yang takkan dapat kita gembira dan senang hati secara paksaan.. semuanye berlaku dengan kerelaan hati.  Terima Kasih Ayah Sham.


TESTIMONI 1


Saya berumur 48 tahun, telah terlibat dengan penagihan dadah sejak di bangku sekolah.  Saya telah berkahwin dan dikurniakan 3 orang anak, rumahtangga saya runtuh kerana penagihan dadah.  Saya pernah berhenti penagihan tetapi ulang menagih dadah semula apabila saya jatuh dalam perniagaan saya.  Saya cuba kembali ke pangkal jalan tetapi tidak berjaya melainkan saya berulang-ulang sehinggalah saya menjadi bosan dengan keadaan yang gian.  Saya mengambil dadah atas dasar untuk menggelak kesakitan agar dapat menjalani kehidupan seperti biasa.  Saya berazam untuk berhenti dadah, rupanya untuk berhenti dadah mestilah berhenti rokok kerana rokok juga bersifat seperti dadah iaitu kita akan mengalami ketagihan.

Saya berkahwin kali ke dua, dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Isteri saya memahami diri dan keadaan saya.  Sepanjang saya penagih dadah beliau berusaha untuk membantu memulihkan saya.  Saya mengikuti perubatan dadah gantian, selama setahun saya mengambil methadone tetapi merasakan bahawa keadaan tersebut tidak akan mengubah malah menyebabkan kebergantungan kepada methadone pula. Saya mengalami masalah untuk membuang air besar dan masalah-masalah lain, maka saya pun berusaha mengurangkan pengambilan methadone sehingga 15 ml sahaja.  Tetapi saya terpaksa sulamkan dengan dadah.

Saya mengambil keputusan untuk berhenti terus.   Alhamdulillah sekarang saya telah pun bebas dari penagihan dadah 100%.  Anak-anak saya yang telah pun dewasa telah rapat semula dengan saya dan ibu tiri mereka.  Sekiranya anda ingin berhenti dari penagihan dadah, BERHENTI MEROKOK!!! Insya Allah anda akan berjaya dunia dan akhirat.  Apa yang saya lakukan untuk terus bebas dari dadah
1.  Putus hubungan dengan semua individu pusher dan penagih.
2.  Delete semua nombor telefon individu berkaitan
3.  Solat 5 wajib di awal waktu ,elak dari melengah-lengahkan solat ( jaga perhubungan dengan Allah)
4.  Berusaha tambah solat sunat
5.  Zikir maghrib dan isyak
6.  Mengamal pemakanan sihat
7.  Memulihkan  hubungan dengan keluarga dan masyarakat sekeliling.
8.  BERHENTI MEROKOK dan TOLAK AJAKAN RAKAN.


keluarga bahagia

TESTIMONI 2

Saya berumur 40 tahun, Saya masih bujang dan terlibat dalam penagihan dadah selama lebih kurang 10 tahun.  Saya bekerja dengan Persatuan yang membantu memulihkan penagih dari dadah.  Saya juga membuka bengkel besi yang sekarang pendapatan lebih dari rm 3000 sebulan.  Hubungan dengan bapa saya telah pun pulih malah lebih rapat dari dulu.  Saya ingin berkongsi pengalaman yang mungkin jarang-jarang dilalui.  Saya mempunyai seorang adik lelaki. Hubungan kami amat rapat kerana dia sahajalah adik yang saya ada.  Saya telah pun berhenti penagihan dadah dan rokok.  Adik saya telah mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis, tetapi malangnya gadis tersebut telah dirogol oleh seseorang yang dikenalinya.  Saya bersama adik pergi berjumpa dengan lelaki tersebut dan saya telah membelasah lelaki tersebut.  Akibat dari itu saya telah ditahan polis dan merengkok dalam lokap, semasa dalam lokap, adik saya telah mengalami kemalangan dan beliau meninggal akibat dari kemalangan tersebut.  Saya betul-betul sedih dan tertekan.  Saya telah kembali merokok dan hampir-hampir untuk menghisap dadah kembali.  Syukur ,saya hanya merokok sahaja, saya berhenti merokok dan menjalani kehidupan seperti biasa selepas keluar dari lokap.  Itulah ujian terbesar selepas berhenti penagihan dadah.  Saya masih berjaya meghadapi ujian dari Allah.  Nasihat saya, sekiranya ingin terus menjalani kehidupan normal, JAUHI ROKOK!!! kerana rokok langkah pertama untuk kita terjerumus kembali dengan PENAGIHAN DADAH.  Sekarang saya membantu pula penagih lain untuk berhenti. 

rawatan dadah keluarga bahagia